Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
50 lagi penggiat industri akan terima bantuan - Finas
Diterbitkan:  Nov 10, 2020 7:10 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melaksanakan Finas Prihatin 2.0 dengan sasaran untuk menyantuni 50 lagi penggiat industri kreatif yang memerlukan bantuan dan sumbangan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Eizlan Yusof, berkata program itu adalah kesinambungan daripada kejayaan Program Finas Prihatin pertama yang berjaya dijalankan sebelum ini.

“Finas berharap Program Finas Prihatin 2.0 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang dihasratkan dalam membantu dan memberi sumbangan kepada penggiat industri kreatif yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Program Finas Prihatin yang dijalankan bermula dari 20 Jun hingga 29 Ogos lalu bertujuan memberi sumbangan dan bantuan kepada 50 orang penggiat industri kreatif khususnya golongan veteran yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran dan terputus pendapatan akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

Penglibatan Finas melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri turut melibatkan kerjasama dengan persatuan-persatuan perfileman dan rakan-rakan strategik iaitu Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), CDERT Ohhsem, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Yayasan Felda dan GISB Holdings.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS