Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti Elizad akur rasai nikmat jadi ibu hanya seketika
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad berkata dia akhirnya berpeluang merasai detik menjadi ibu selepas sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Namun dia terpaksa akur dengan ketentuan bahawa  pengalaman dirasai itu hanya sementara selepas dia mengalami keguguran seminggu selepas disahkan hamil.

“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu tu minggu lepas. Tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh rasa itu.

“(Saya) dimaklumkan hamil minggu lepas. Masha-Allah, dia punya gembira tak tau nak kata apa sebab dah lama menanti.

“Tapi kandungan tak kuat dan alami pendarahan. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana, terduduk seketika,” katanya berkongsi berita itu melalui Instagram hari ini.

Pemilik nama penuh Siti Elizad Mohamad Sharifuddin itu berkongsi proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 23 Oktober lalu berjalan lancar.

Siti Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Siti Elizad berkata pengalaman yang dilaluinya itu tidak menghilangkan semangatnya untuk terus mendapatkan zuriat, sebaliknya tetap positif dalam mendepani dugaan tersebut.

“Tak mengapa, insya-Allah, ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. Saya tak akan berputus asa. Saya akan sentiasa positif dan terus mencuba,” kata pelakon itu.

Melalui kiriman itu juga, Elizad berkata dia merancang untuk berjumpa doktor sekali lagi tahun depan bagi menjalani rawatan IFV.

“Jumpa kamu lagi doktor pada Januari 2021. Terima kasih untuk mereka yang menyokong dan mendoakan perjalanan IVF saya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS