Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Bermula sebagai pekerja mewarnakan batik di Cherating pada zaman kegemilangan pantai peranginan itu di tahun-tahun 1980-an, Munif Mohd Nor mengorak langkah mengubah haluan hidupnya.

Perlahan-lahan dia kemudian menjadi pelukis sepenuh masa. Dan sejak dari itu beliau tidak lagi memandang ke belakang.

Munif ialah pelukis yang serba boleh. Beliau menguasai banyak displin dalam bidang yang menjadi punca mata pencarian beliau.

Selain dikenali sebagai pelukis potret, Munif juga diketahui menguasai lukisan cat air, akrilik, cat minyak dan juga pelukis grafiti. Hasil kemahiran yang ada padanya, beliau memenangi banyak pertandingan seni lukis.

Antaranya ialah Pertandingan Terbuka Terengganu, Pertandingan Terbuka Galeri Shah Alam, Pertandingan Grafiti Balai Seni Negara di samping mendapat pengiktirafan di beberapa portal seni lukis dalam talian.

Karya-karya beliau telah dipameran di dalam dan di luar negera termasuk sehingga ke Kanada.

Munif juga suka bereksprimen pada bahan dalam karya-karyanya.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila beliau mengadunkan lilin - yang biasanya diguna dalam kerja membatik - pada karya-karya akrilik.

Munif juga boleh dikatakan satu-satunya pelukis yang menggunakan kain linen - yang biasanya digunakan oleh tukang jahit - sebagai permukaan karya-karya beliau.

Studio Munif dibangunan di Centre Point, Kuantan, dibuka setiap hari sejak tahun 2000.

Serangan virus Covid-19 memberi kesan yang besar kepada semua orang dan tentu saja ianya juga memberi kesan yang besar kepada karyawan seni.

Karya seni menjadi pilihan terakhir semasa sebelum wabak itu melanda dunia, dan kini karyawan seni tentu saja memgalami waktu yang lebih memeritkan.

Namun Munif yang terkenal sebagai seniman yang mempunyai daya tahan yang kuat menerima semua ini dengan tangan terbuka.

"Kerja kita adalah berusaha, rezeki semuanya datang dari tuhan,"

kata Munis sambil menghembus asap rokok kepada penulis.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS