Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hati Syamsul tersentuh dengan titipan doa, sokongan
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 3:48 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof mengakui tersentuh dengan titipan doa dan sokongan diterima ketika dirinya kini dilanda musibah.

Kata Syamsul, dia bersyukur kerana masih ramai “sahabat” yang sudi mengambil berat dan mengikuti perkembangan semasa keadaannya dan keluarga.

“Sahabat semua, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada yang ambil berat dan titip doa buat diri dan keluarga.

“Saya amat tersentuh membaca semua doa, kasih sayang dan sokongan kamu semua,” ciapnya di Twitter.

Pada 13 Oktober lalu, Syamsul membuat laporan polis selepas dia menerima mesej berbaur ugutan daripada individu misteri melalui Instagram.

Katanya, selain dirinya, individu terbabit turut mengancam keselamatan isterinya, Puteri Sarah Liyana serta anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Antara ugutan tersebut berbunyi: “Jangan kau ingat kau dah kaya boleh lepas, siap kau, gambar photoshoot aku buat kasi tular satu Malaysia, senang je nak jahanamkan keluarga kau.”

Terdahulu, Syamsul, 36, berdepan situasi berbeza apabila kisah rumah tangganya dijadikan bahan sensasi dan fitnah sebuah saluran YouTube.

Pelakon dan pengarah filem KL Gangster itu juga dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap YouTuber terbabit.

Dugaan buat Syamsul tidak terhenti setakat di situ, dia juga mengakui rumah tangganya bersama Puteri Sarah sedang dilanda badai.

Syamsul mengakhiri ciapannya itu dengan berkata: “Matanya masuk habuk.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS