Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
DNA cecah lebih 1 bilion tontonan di YouTube

BTS bintang berkumpulan Korea Selatan mencatatkan satu lagi rekod baharu di YouTube apabila video muzik lagu “DNA” mencecah 1.1 bilion tontonan pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Tayangan YouTube untuk video muzik "DNA," yang dikeluarkan pada September 2017, melepasi 1.1 bilion tontonan pada pukul 7.38 pagi, menjadi video pertama bagi kumpulan itu yang mencapai kejayaan tersebut, menurut Big Hit Entertainment.

"DNA," lagu utama kumpulan itu untuk album EP "Love Yourself: Her," adalah lagu pertama dari Korea Selatan yang turut memasuki carta utama Billboard's Hot 100 dan Bill 200.

Selain "DNA", video muzik kumpulan itu "Boy with Luv" dan "Fake Love" masing-masing telah berjaya mengumpulkan 969 juta tontonan dan 781 juta tontonan di YouTube, pada Isnin.

Kumpulan ini melakar sejarah dengan menjadi artis Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas Billboard Hot 100 bulan lalu dengan single disko-popnya "Dynamite."

BTS akan melancarkan album baharu berjudul "BE" pada 20 November.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS