Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Di Studio Rajawali, dua anggotanya - Nazri Chot dan Ajis - menumpukan perhatian masing-masing khusus kepada kegiatan menghasilkan lukisan potret.

Mereka menerima tempahan daripada pelanggan di samping menghasilkan karya-karya romantis yang disukai oleh orang banyak. Misalnya lukisan pemandangan alam sekitar.

Disebabkan kekangan waktu berkerja, Ajis agak kurang menghasilkan karya, manakala Nazri Chot - yang sememangnya pelukis sepenuh masa - sering mendapat tempahan.

Sebelum menyertai Studio Rajawali, Nazri Chot banyak menumpukan bakatnya untuk penghasilan kulit luar novel-novel terbitan Creative Enterprise.

Beliau mendapat didikan daripada dua pelukis terkenal negara iaitu pengasas majalah Gila-Gila, Jaafar Taib, dan juga pelukis potret diraja Selangor, Azman Yusof.

Azman ialah salah seorang pelukis yang turut banyak terlibat menghasilkan karya dalam salah satu terbitan Creative Enterprise iaitu Fantasi dan Lelaki.

Tunjuk ajar daripada kedua-dua pelukis legenda itu membuatkan karya-karya Nazri Chot menampakkan kedewasaan.

Baru-baru ini beliau telah ditempah untuk melukis potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

Apa yang menarik ialah karya Nazri Chot itu mempunyai keistimewaan tersediri. Ia adalah karya pelukis tempatan pertama yang menggabungkan dua Agong.

Selain Al-Sultan Abdullah, potret Allahyarham Sultan Ahmad Shah juga dilukis Nazri Chot di atas kanvas yang sama. Al-Sultan Abdullah ialah Agong sekarang, iaitu yang ke-16, manakala ayahanda baginda, Sultan Ahmad, Agong ketujuh Malaysia.

Potret itu kemudiannya dihadiahkan kepada baginda sultan.

Walaupun melukis sepenuh masa, Nazri Chot juga rajin bertukang. Beliau merupakan tukang kayu yang sangat baik. 

Beliau banyak menghasilkan perabot daripada kayu buangan sedikit masa dahulu.

Selain itu beliau juga bergerak aktif dengan kumpulan musik tradisional Pahang iaitu Kumpulan Anak Kayan yang berpengkalan di Permatang Badak, Kuantan.

Mereka sudah banyak membuat persembahan di dalam dan luar negara bagi mempromosi Pahang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS