Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 11, 2020 8:26 AM
Dikemaskini: 4:59 AM

Penyanyi Sandra Dianne yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Putrajaya awal pagi tadi selepas enam hari bertarung nyawa susulan kemalangan 5 September lalu.

Berita dukacita itu dikongsikan salah seorang peserta Big Stage 2020, Sufie Rashid melalui kiriman di Instagram jam 1.02 pagi ini.

"Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

"Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. Anda sahabat yang baik dan berhati mulia.

"Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana... Innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya.

Allahyarhamah Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan untuk mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Siasatan awal polis mendapati brek mengejut sebelum hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan kereta yang dipandu pemilik nama penuh Alessandra Dianne Ampuria di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kereta jenis Great Wall dipandu mangsa, 25, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera di hadapannya.

Turut terlibat dalam kemalangan itu dua buah kereta iaitu Toyata Vios dan Perodua Axia. Kemalangan terbabit menyebabkan kereta dipandu Sandra terbalik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS