Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pelakon Robert Pattinson yang memegang peranan utama filem adiwira terbaru The Batman didapati positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik media Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Menurut Vanity Fair, penerbitan filem itu terpaksa dihentikan hanya beberapa hari selepas filem berkenaan menyambung penggambaran di studio di luar London.

Warner Bros mengatakan studio Hollywood tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai kesihatan mana-mana pekerja, tetapi mengesahkan kepada media "anggota yang terbabit dengan penggambaran Batman terbukti positif Covid-19 dan kini dikuarantin sesuai dengan protokol ditetapkan. Penggambaran ditangguhkan buat sementara waktu."

Proses penggambaran terganggu sejak Mac kerana wabak Covid-19. Warner Bros menjangkakan filem itu dijadual ditayangkan pada Oktober 2021.

Diarahkan oleh Matt Reeves, filem ini dibintangi Pattinson yang memegang watak sebagai Bruce Wayne.

Sebelum ini, pelakon Dwayne Johnson lebih dikenali sebagai "The Rock," menulis di Instagramnya pada Rabu dia dan keluarganya juga dijangkiti virus itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS