Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nora: Saya dah cuba sedaya upaya ajar dan didik anak
Diterbitkan:  Sep 3, 2020 7:38 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam klip video tular di media sosial itu merupakan anaknya.

Mengakui terkilan dengan kejadian tersebut, Nora menjelaskan sebagai ibu dia sudah melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti itu berlaku.

“Allahu Akbar. Dengan penuh rasa terkilan saya mengaku video itu adalah dia.

“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas,” katanya menerusi akaun Instagram.

Semalam, satu klip video tular dan menarik perhatian ramai kerana aksi pasangan terbabit yang mencolok mata.

Sementara itu, gadis terbabit berkata dia melakukan aksi berkenaan kerana dipaksa dan ia boleh dilihat daripada reaksinya ketika ia berlaku.

"Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak.

“Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa.

"Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus," jelasnya menerusi Twitter.

Sementara itu, Nora, 47, menaruh harapan supaya anak perempuannya itu belajar daripada kesilapan dan pada masa sama meminta orang ramai memberikan ruang kepada mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS