Dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian pelakon watak adiwira Black Panther Chadwick Boseman yang dilaporkan meninggal dunia akibat kanser usus, semalam.
Boseman yang menghidupkan slogan 'Wakanda Forever' dari filem Marvel itu dilaporkan meninggal dunia di sisi isteri dan ahli keluarganya pada usia 43 tahun.
Menurut laporan CBC News, Boseman meninggal dunia di rumahnya di kawasan Los Angeles dan dia dikatakan mengidap barah usus empat tahun lalu.
"Pejuang sejati, Chadwick bertahan melalui semua itu, dan membawakan banyak filem yang sangat anda sukai," kata keluarganya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Dilahirkan di Carolina Selatan, Boseman yang juga lulusan Universiti Howard pada awal pembabitannya hanya memegang watak kecil dalam rancangan siaran televisyen menjadi bintang filem pada tahun 2013.
Antara filem yang dibintanginya ialah, Marshall to Da 5 Bloods, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan filem yang mengangkat namanya sebagai "King T'Challa" dalam Black Panther.