Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa letak jawatan pengarah bebas bukan eksekutif Airasia

AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara TV Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020 daripada Neelofa pada 19 Ogos 2020.

Menurut syarikat itu Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatannya.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Dis 2017.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS