Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dira terkesan dengan isu ekonomi dihadapi rakyat selepas Covid-19

Personaliti TV, Dira Abu Zahar yang kini bergerak aktif melalui badan NGO terus memberi fokus kepada isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Jika sebelum ini dia mengajurkan forum mengenai kesedaran terhadap jenayah rogol, kali ini Dira mengetengahkan isu ekonomi rakyat.

Terkesan dengan kesukaran dihadapi rakyat dalam situasai ekonomi ketika ini, Dira mengajurkan forum Tetapkan Semula Ekonomi Pasca Covid-19.

"Program ini untuk kita bincangkan tentang keadaan ekonomi rakyat semasa khususnya pasca Covid-19.

"Ini juga bertujuan untuk memperhalusi isu miskin bandar di kalangan belia dengan kadar 'poverty rate' yang telah meningkat dari RM980 ke RM2,000.

"Perkara ini perlu dilihat kerajaan dan penetapan semula ekonomi penting bagi memastikan rakyat tidak terjejas," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini Dira ataupun ataupun nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar mengambil inisiatif mengajurkan kempen kesedaran jenayah rogol melalui penganjuran forum.

Forum "isu rogol: pemangsa serakah vs mangsa menyerah" bertujuan bagi mengupas isu berkenaan setiap sudut dalam mendidik masyarakat.

Dalam pada itu Dira berkata, dia tidak nafikan kerajaan hari ini memperkenalkan bantuan khusus bagi membantu mereka yang terjejas, namun sejauh mana ia mampu membantu rakyat.

"Bagaimana program- program ataupun skim di bawah Penjana juga mampu membantu rakyat ini harus dikupas sebaik mungkin," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS