Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Senyuman terakhir papa buat kami rasa tenang'
Diterbitkan:  Aug 11, 2020 12:55 PM
Dikemaskini: 4:55 AM

Bapa pelakon dan pengarah Afdlin Shauki, Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur pada jam 2.57 pagi hari ini.

Afdlin yang berkongsikan berita sedih tersebut melalui akaun Instagram miliknya turut mengenang hari-hari terakhir dilalui bapanya bersama mereka sekeluarga.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11 Ogos 2020, jam 2.57 pagi.

“Senyuman terakhir papa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria.

“Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri,” katanya.

Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi Allahyarham.

Pelakon Soal Hati itu turut menitipkan pesanan arwah bapanya yang memohon agar sesiapa pernah mengenalinya untuk memaafkan segala kesilapan pernah dilakukan.

“Bapa ku yang tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah dia lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau.

“Tolong ampunkan ya… tolong! Dia juga memaafkan semua orang dan juga berkata yang dia tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa.

“Ya Allah kau ampunilah dosa-dosanya dan terimalah amalan dan kebaikannya. Tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah. Saya sayang kamu papa. Assalammualaikum,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS