Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kanye West umum tanding presiden AS
Diterbitkan:  Jul 5, 2020 3:11 PM
â‹…
Dikemaskini: 7:11 AM

Penyanyi rap popular Amerika Syarikat (AS), Kanye West mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden yang bakal menjelang, menurut laporan Reuters.

"Kita kini perlu merealisasikan janji Amerika dengan berserah kepada Tuhan, menyatukan visi dan membina masa depan kita.

"Saya akan bertanding untuk presiden Amerika Syarikat," ciapnya di Twitter hari ini, diiringi dengan emoji bendera negara itu dan #2020VISION.

Bagaimanapun, menurut Reuters, tidak jelas sama ada dia serius dengan pengumuman itu mahupun telah memfailkan semua dokumen rasmi bagi menyertai pilihan raya yang dijadual bermula 3 November ini.

Untuk rekod, tarikh akhir bagi penyertaan calon bebas belum tamat di banyak negeri di sana.

Pengisytiharan itu mendapat sokongan jutawan terkenal Elon Musk.

"Saya menyokong penuh anda," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu sejurus selepas ciapan West.

Jika ia berlaku, West akan berdepan penyandang Donald Trump - di mana dia adalah antara penyokong kuatnya - dan calon Parti Demokratik Joe Biden.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS