Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Bilbo Baggins' The Lord of the Rings meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 20, 2020 3:09 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Pelakon teater dan filem, Sir Ian Holm yang terkenal dengan wataknya sebagai Bilbo Baggins dalam The Lord of The Rings meninggal dunia akibat komplikasi penyakit Parkinson semalam.

Holm menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 88 tahun.

Wakil Holme dalam satu kenyataan mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Dengan rasa penuh dukacita kami mengesahkan aktor Sir Ian Holm meninggal dunia pagi semalam pada usianya 88 tahun.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang sambil ditemani keluarga dan penjaganya. Penyakit Holme mempunyai kaitan dengan Parkinson,” katanya dipetik BBC.

The National Theatre mengingati beliau sebagai pelakon luar biasa susulan persembahannya sebagai King Lear pada tahun 1997 berjaya mencipta "kenangan indah.”

Holme menghidupkan watak Lenny dalam pementasan ditulis Harold Pinter, The Homecoming pada tahun 1965 dan mengulangi penampilannya dalam filem dengan tajuk sama lapan tahun kemudian.

Namun, karier panggungnya terjejas selepas mengalami gugup di atas pentas semasa penghasilan The Iceman Cometh pada tahun 1976.

Beliau terus bekerja terutamanya dalam filem, serta mengambil peranan dalam filem berprofil tinggi seperti The Fifth Element dan siri Lord of the Rings.

Filem Chariots of Fire pada tahun 1981 menyaksikan dia menerima pencalonan Oscar melalui kategori Pelakon Pembantu Terbaik.

Filem yang sama memenangkannya anugerah Bafta, begitu juga dengan lakonannya dalam The Bofors Gun pada tahun 1968.

Holme melakonkan watak Bilbo dalam Lord of the Rings arahan Peter Jackson, selepas memainkan karakter Frodo Baggins untuk radio BBC pada tahun 1981.

Beliau menerima anugerah kesatria pada tahun 1998 atas sumbangannya dalam drama, kemudian diikuti Commander of the Order of the British Empire atau CBE yang diterimanya pada tahun 1989.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS