Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hans Isaac tak nak dedah siapa dituju dalam 'hantaran panas'
Diterbitkan:  Jun 9, 2020 6:30 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hans Isaac, enggan mendedahkan alasan atau sebarang indentiti yang dirujuknya dalam kenyataan 'panas' dibuatnya di Instagram kelmarin.

Status berbunyi “kesilapan lama ulang lagi” itu mengundang perhatian ramai dengan sesetengahnya mengaitkan nama Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham, yang dilantik semula memegang jawatan terbabit pada 6 Jun lalu.

“Itu hak netizen nak bercakap.

“Terpulang kepada mereka nak cakap apa dan menyebut nama siapa. Status saya tu hanya komen berdasarkan situasi semasa.

“Lagipun, saya tak baca komen mereka. Mungkin lepas ni baru saya nak baca. Pada masa sama, ni akaun media sosial peribadi saya,” katanya dipetik Harian Metro.

Selain itu, kata Hans yang juga pelakon dan penerbit, dia tidak akan memberi maklum balas mengenai nama pihak lain tertera di ruangan komen Instagram itu.

"Bagi saya, saya takkan respons mengatakan ia ditujukan pada nama sesiapa.

"Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kalau nak baca luahan hati saya mengenai industri kreatif negara, boleh baca di akaun Facebook rasmi saya," katanya.

Hans ditamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Finas berkuat kuasa pada 23 Mei lalu oleh kerajaan Perikatan Nasional. Dia berada di agensi berkenaan selama 13 bulan hasil lantikan Pakatan Harapan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS