Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hafiz ingatkan peminat jangan terpedaya iklan forex guna gambarnya
Diterbitkan:  May 18, 2020 9:57 PM
Dikemaskini: 1:57 PM

Penyanyi Hafiz Hamidun memohon orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan yang memaparkan imejnya berkenaan pelaburan penukaran mata wang asing (forex), yang menurutnya didalangi oleh sindiket penipuan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiz mengongsikan imej yang memaparkan dirinya berbaju Melayu dan bersongkok dalam iklan itu.

“Palsu. Apa benda IQ Forex 2020 ni. Nak scam orang pun agak-agaklah ya. Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku.

“Sampai ada yang bertanya betul ke pendapatan dapat sampai ratus ribu. Jangan percaya, ni semua palsu,” katanya.

Hafiz juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum membuat sesuatu pelaburan selain tidak menyalahkannya jika mereka menjadi mangsa penipuan pihak terbabit.

“Anda pun janganlah terpedaya dengan iklan-iklan forex yang tipu macam ni. Nanti jangan salahkan aku pula kalau dah kena tipu, please..,” katanya lagi.

Pada masa sama, Hafiz memaklumkan dia akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkenaan iklan tersebut.

“Saya tengah siap nak buat report @pdrmsia_official dan juga nak adukan pada @skmm_mcmc.

“Nak berniaga biarlah jujur. Buat apa tipu. Orang suruh berniaga elok-elok, kau pakai sebat saja gambar orang nak lariskan perniagaan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS