Paling Popular
Terkini

Personaliti televisyen dan penyampai berita NTV7, Ras Adiba Radzi, dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kurang upaya (OKU).

Pembantunya, Ahmad Daniel, ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pelantikan berkenaan hari ini.

“Ya, Ras Adiba Radzi dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Majlis angkat sumpah untuk jawatan itu akan diadakan Isnin depan,” katanya kepada Malaysiakini.

Ras Adiba tidak dapat mengulas lanjut perkara itu ketika ini. Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini di Instagram miliknya, bekas pengacara itu dilihat meluahkan perasaan syukur.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah,” katanya.

Ras Adiba yang juga presiden OKU Sentral itu turut menerima sekalung tahniah daripada pengikut dan mereka yang mengenalinya.

Pengacara NTV7 Charles Mohan antara yang tampil mengucapkan tahniah atas pengiktirafan terhadap Ras Adiba.

“Tahniah kepada kak @rasadibaradzi untuk pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Semoga anda dirahmati untuk membantu rakyat Malaysia. Begitu bangga dengan kamu kak,” katanya.

Pengguna akaun @Mazlinnordin pula berkata, perjuangan harus diteruskan.

“Syukur Alhamdulillah sister, tahniah, teruskan perjuangan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS