Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aamir Khan nafi jadi Robin Hood, selamatkan fakir miskin
Diterbitkan:  May 4, 2020 6:24 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Bintang Bollywood itu menafikan menderma secara sembunyi dengan menyisipkan wang dalam bantuan beg gandum yang tular melalui sebuah video klip.

Ketika ramai selebriti memainkan peranan menyumbang dana memerangi Covid-19, bintang Bollywood Amir Khan pula menafikan spekulasi dia mendermakan wang secara sembunyi dalam beg gandum kepada golongan yang memerlukan.

Melalui media sosial, aktor itu berkata, berita yang tular itu berkemungkinan adalah palsu.

“Saya bukanlah individu yang menyembunyikan wang dalam beg gandum tersebut. Ia mungkin benar-benar berita palsu, ” ciapnya di Twitter.

Spekulasi muncul selepas satu klip video mendakwa Aamir menghantar sebuah lori dipenuhi beg gandum ke kawasan penduduk miskin.

Klip video itu memaparkan di dalam setiap beg gandum tersebut kemudian ditemui wang berjumlah Rs15,000 (RM855).

Bagaimanapun, tidak jelas samada ada video itu sahih atau rekaan, dan jika benar tidak diketahui tarikh rakaman tersebut.

Pengarah Dangal itu malah menyifatkan dirinya bukanlah seorang penyelamat fakir miskin seperti watak dalam kisah lagenda, Robin Hood.

“Sama ada ia benar-benar berita palsu atau Robin Hood tidak mahu mendedahkan dirinya,” ciapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS