Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Wira Di Hati tanda terima kasih Syamel
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 2:48 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Penyanyi dan pencipta lagu Syamel hadir dengan Wira Di Hati, sebuah karya istimewa sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan yang tabah berjuang dalam menangani wabak Covid-19.

Menurut Syamel, Wira Di Hati ditujukan khas buat mereka yang bertungkus-lumus dan mendedahkan diri dengan risiko wabak demi menyelamatkan rakyat Malaysia.

“Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar dari kami buat barisan hadapan di luar sana.

“Lagu ini juga memaparkan ucapan penghargaan dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Wira Di Hati adalah ciptaan penuh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz.

Ia muncul selepas single Curang dilancarkan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros menyuarakan harapannya agar karya itu akan dapat 'membeli' jiwa pendengar.

“Lagu ini sesuai untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan saya berharap ia dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS