Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hati Aishah berbunga-bunga pelindung muka digunakan
Diterbitkan:  Apr 21, 2020 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Mengaku hatinya berbunga-bunga, penyanyi Aishah teruja apabila pelindung muka buatannya digunakan petugas perubatan.

Aishah berkata dia teruja apabila Pusat Kesihatan dan Kecergasan Ideal Health Care sudi menggunakan alat dihasilkannya itu.

“Masya-Allah, besarnya hati, berbunga-bunga lagi bila melihat orang memakai pelindung muka kita.

"Terima kasih @idealhealthcentre sudi memakai pelindung muka kami," katanya di media sosial.

Pun begitu, penyanyi Kau Yang Teristemewa itu memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada pelindung muka yang dihasilkannya selain berjanji untuk memperbaiki mutu alat tersebut.

“Walaupun ni kelompok paling awal tanpa pelekat tajuk lagu tapi tetap menggunakan pelekat hologram.

“Banyak kekurangan first batch (kumpulan pertama) ni, mohon maaf sangat. Insya-Allah akan diperhalusi pembuatannya,” katanya di media sosial.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Aishah, 55, bertungkus-lumus menyiapkan 1,000 pelindung muka untuk petugas barisan depan di kediamannya.

Doa kebaikan dibalas syurga

Kata Aishah, menghasilkan pelindung muka adalah satu perkara berfaedah menjadi pilihannya bagi mengisi masa terluang sepanjang perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan (PKP). 

Dalam perkongsian di Instagram miliknya sebelum ini, Aishah juga memaklumkan dia melekatkan tajuk lagu pada setiap pelindung muka yang dibuatnya.

 Menurut Aishah, meskipun hampir rasa nak pitam semalam dia sudah berjaya menambah jumlah pelindung muka yang ingin disiapkannya.

“Hari ni rasa nak pitam merenung benda alah tu. Alhamdulillah jumlah selesai (semuanya) 500 unit,” katanya.

Kongsinya lagi, penghantaran seterusnya akan dibuat ke Klinik Kesihatan Seremban, Senawang dan Rembau, Negeri Sembilan dan kemudian akan bergerak ke Perak.

“Doakan saya sihat ya supaya dapat teruskan khidmat saya yang tak seberapa ni untuk menyokong petugas barisan depan kita.

“Doakan kita cepat-cepat dapat menangani wabak ni. Dah rindu nak nyanyi Pulanglah ni, semoga selamat, kekal sihat dan duduk di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ideal Health Care Centre dalam kenyataannya berharap semoga jasa Aishah menyumbangkan pelindung muka berkenaan dibalas syurga.

“Terima kasih kerana menyumbangkan pelindung muka untuk Ideal Health Care. Saya berkeras nak bayar, tapi dia menolak. Itu sumbangannya untuk petugas barisan depan katanya.

“Semoga jannah milikmu, kak,” menurut kenyataan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS