Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dalang sebar 'kes ikan masin' dihukum penjara
Diterbitkan:  Apr 14, 2020 2:29 PM
Dikemaskini: Apr 16, 2020 2:40 PM

Pelakon sinetron, Galih Ginanjar dijatuhi hukuman penjara dua tahun empat bulan oleh Mahkamah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah dalam kes mencemar nama baik dan menyebar kandungan tidak bermoral dalam “ kes ikan masin.”

Ketua Hakim Agus Widodo berkata, dua lagi tertuduh iaitu pemilik saluran Youtube Pablo Benua dikenakan hukuman penjara lebih ringan iaitu 20 bulan manakala isterinya, Rey Utama 16 bulan.

“Ketiga-tiga tertuduh Galih Ginanjar, Pablo Benua dan Rey Utami secara sah dan meyakinkan melakukan jenayah memfitnah,” katanya dalam satu perbicaraan diadakan dalam talian.

Liputan 6 melaporkan, Agus dalam penghakimannya berkata, tertuduh mengakibatkan mangsa atau saksi pelakon sinetron dan penyanyi Fairuz A Rafiq berasa malu untuk berinteraksi dengan dunia luar ekoran video yang dimuat naik ke media sosial itu.

Bagaimanapun, peguam mewakili Pablo Benua dan Rey Utama, iaitu Rihat Hutabarat dan peguam mewakili Galih, Sugiyarto belum mengambil keputusan untuk membuat rayuan. Begitu juga dengan pendakwa, Donny M Sany.

Persidangan dalam talian itu berlangsung di tempat ketiga-tiga tertuduh ditahan iaitu Penjara Daerah Metro Jaya dengan hakim yang berada di Mahkamah Jakarta Selatan manakala pendakwa di pejabat peguam daerah Jakarta Selatan.

Kes bermula selepas Rafiq membuat laporan terhadap bekas suaminya, Galih, Pablo dan Rey kerana mencemar nama baiknya melalui video.

Dalam Isi kandungan video tersebut, Galih mengungkapkan alat sulit bekas isterinya berbau seperti ikan masin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS