Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

  • Amaran: Ulasan ini mempunyai spoiler.


FILEM |
Daulat sarat dengan perli dan bayangan realiti permainan politik di Malaysia.

Bagi yang belum menonton, izinkan saya dedahkan beberapa babak yang hebat lagi mengesankan.

Antaranya adalah adegan watak digelar “Boskur” yang menembak mati seorang ahli perniagaan berani mengugutnya supaya membayar hutang anak RM14juta.

"Hei, Datuk Seri, mana kau simpan duit rakyat berbilion-bilion yang telah kau curi tu?”

Juga ada satu babak ketika anggota Majlis Tertinggi Parti Muna (parti politik berlandaskan hak orang Melayu) berbalah kerana tidak setuju untuk berpakat dengan parti Islam Hizbu Muslimin (HM).

"Bekerjasama dengan HM negara kita akan jadi macam Arab Saudi!"

Dua pemimpin kanan Muna dan HM.

Selain dari dua babak di atas, filem yang ditayangkan di platform iFlix ini dipenuhi dengan paparan skandal pemimpin politik dan golongan elit yang tidak bermoral seperti mabuk, seks, memeras ugut dan terlibat dengan pembunuhan.

Sejujurnya anda akan terbayangkan watak-watak dalam dunia sebenar semasa menonton fiksyen ini.

 Imaginasi nakal pengarah filem terhadap watak Idrus seorang pengamal seks bebas iaitu suami kepada Suri, timbalan Presiden Muna dan Nadiya seorang janda jelita anak kepada presiden Muna juga menghiburkan.

Mujur Jasmin seorang wanita Cina yang jelita tidak dibunuh dengan ledakan bom C4 di mulut, jika tidak filem ini akan sempurna membawa sebuah naratif yang lebih realistik.

Sebuah kritikan tajam yang seperti realitinya perlu ditelan oleh para pemimpin dan rakyat.

Media dikuasai elitis

Filem Daulat juga mengisahkan media di peringkat tertinggi dikuasai oleh para elitis yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan mahupun pembangkang.

Adakah rakyat akan bangkit setelah menonton filem ini? Sudah tentunya tidak. Bahkan jikalau filem ini dengan beraninya meletakkan ayat “berdasarkan peristiwa benar” sekalipun tidak mampu mengubah apa-apa.

Selama dua tahun ini rakyat Malaysia telahpun dihidangkan dengan tiga karya yang jauh lebih berani daripada Daulat iaitu The Kleptocrats, M for Malaysia dan Dirty Money.

Jadi kehadiran Daulat ini bagi saya hanya sekadar hiburan yang berkualiti untuk memenuhi masa yang terluang saat duduk di rumah akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Tetapi, jikalau setiap ketua keluarga dengan jujur mendidik dan menerapkan nilai-nilai moral dan maruah bersama ahli keluarga sewaktu menonton filem-filem sebegini, juga mahasiswa dan anak muda mendebatkan mesejnya, insya-Allah perjuangan reformasi yang masih panjang dan penuh liku ini akan kembali bersinar.

Cuma ada sedikit kebiadaban yang ditonjolkan dalam Daulat apabila menamakan sebuah pub dengan nama Jibril.

Ya! Kalian perlu insaf!

Mohon maaf jika ada tersalah fakta dan cicipan kerana saya bukan pengkritik filem yang mahir.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS