Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kak Limah 'pilihan' MB Perak, bukan Makcik Kiah
Diterbitkan:  Mar 31, 2020 8:27 PM
Dikemaskini: 1:42 PM

Watak-watak utama dalam filem Mamat Khalid menarik perhatian Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu untuk dijadikan contoh dalam ucapan beliau semalam.

Secara bersahaja, Ahmad Faizal memetik nama seperti Kak Limah, Husin dan Pak Jabit semasa memberikan penjelasan berhubung keadaan terkini wabak Covid-19 di Perak.

"Secara tiba-tiba, Kak Limah yang bergantung hidup dengan menjual nasi lemak di Kampung Pisang hilang sumber pendapatan.

"Husin hilang punca kerana kilang tempat dia bekerja tidak beroperasi. Pak Jabit sebagai ketua kampung pula hilang arah kerana ramai orang kampung mengadu... lapo. di rumah sudah tak berasap," katanya dalam sebuah rakaman klip video.

Kak Limah, Hussin dan Pak Jabit adalah watak-watak dalam siri filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat berdepan kesan Covid-19 menggunakan nama 'Makcik Kiah' untuk menjelaskan manfaat yang ditawarkan daripada bantuan berkenaan.

Sementara itu tindakan Ahmad Faizal menarik perhatian Mamat. Memuatkan klip ucapan itu di Instagram, Mamat berkata, hidup jangan terlalu serius sebaliknya wajar disulami keceriaan.

"MB (menteri besar) kita bergurau. Jangan bengkeng sangat dalam darurat ni. Tarik napeh panjang-panjang dan lepehkan...

"Nescaya hidup lebih terbuka. Chilling and keep on thrilling sampai situasi ni semua berakhir ya," katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS