Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bapa mentua positif Covid-19, Nizam Laksamana buat saringan
Diterbitkan:  Mar 31, 2020 2:38 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Penyanyi Nizam Laksamana dan anggota keluarganya bergegas menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital pagi tadi susulan mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif wabak itu.

Nizam berkata, dia mengambil tindakan pantas selepas bapa mentuanya disahkan dijangkiti Covid-19 semalam.

"Bapa mentua dimasukkan ke wad semalam. Disebabkan kami ialah casual contact kepada bapa mentua, saya, isteri dan anak perempuan akan membuat saringan jam 10 pagi (tadi)," katanya.

Mengulas perkara berkenaan, Nizam yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim kedua itu berkata, dia tiba di kampung sehari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

"Sehari sebelum perintah PKP, saya ada berjumpa dengan mentua di kampung," katanya.

Menurutnya, sebagai rakyat bertanggungjawab, dia tidak ingkar sebaliknya akan melaksanakan apa diperlukan bagi mengekang wabak berkenaan.

"Kami reda dan akan mengikut arahan pihak berwajib. Kami tak ingkar kerana kami tahu tanggungjawab kami untuk kesejahteraan rakyat tanah Melayu dan lain-lain.

"Semoga Allah melindungi kami dengan rahmat-Nya," katanya.

Setakat berita ini dikeluarkan, hantaran itu menerima 1,000 tanda 'like' di Facebook dan lebih 400 komen.

Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraan Nizam dan seluruh anggota keluarganya.

Statistik terkini Covid-19 setakat semalam menyaksikan sebanyak 156 kes baru dicatatkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat ke 2,626 kes di Malaysia setakat ini.

Jumlah kematian pula sebanyak 37 orang manakala pesakit yang pulih dan dibenarkan keluar hospital adalah sebanyak 479 orang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS