Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syed Zulkifli saran telco tangguh potong talian telefon tertunggak

Sekarang adalah masa terbaik untuk syarikat telekomunikasi 'membayar balik' sumbangan pengguna yang selama ini memberikan mereka keuntungan besar, kata bekas timbalan presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia, Syed Zulkifli Syed Nasir.

Menurutnya, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu - dan kini dilanjutkan hingga ke 14 April depan - amat menggusarkan terutama bagi kumpulan isi rumah terendah (B40).

Hal itu terjadi kerana, katanya, apabila perlu mematuhi PKP, mereka tidak dibenarkan untuk bekerja, justeru pasti tiada lagi pendapatan yang boleh dijana sepanjang tempoh larangan tersebut.

"Golongan miskin atau B40 antara paling terkesan. Mereka antaranya terdiri daripada pekerja sendiri, peniaga kecil dan tenaga bebas.

"Mana mungkin simpanan mereka kebal," katanya kepada Malaysiakini.

Justeru, Syed Zulkifli mencadangkan agar syarikat telekomunikasi di negara ini menangguhkan semua pemotongan talian kepada pengguna yang menanggung tuggakan bil.

Katanya tempoh penangguhan itu bolehlah dibuat untuk jangka masa yang sesuai.

Suara mereka kecil

"Bagaimana hidup mereka sewaktu PKP? Memang ramai hampir tiada langsung bekalan makanan apatah lagi untuk membayar bil yang dikenakan.

"Kamu (syarikat telekomunikasi) untung berbilion-bilion ringgit tahun lepas, perlukah kamu memutuskan talian mereka? Ia satu-satunya cara untuk mereka berhubung.

"Pertimbangkan, jangan potong talian mereka, tapi bukanlah untuk diberikan percuma terus.

"Cuma saya cadangkan kutip kembali selepas tiga atau enam bulan kemudian," katanya.

Dia juga mencadangkan perkara sama turut dilakukan kepada pengguna kad prabayar.

"Teruskan pola penggunaan mereka. Jangan kerana kamu, lebih banyak mangsa menderita.

"Suara mereka kecil tapi mereka juga rakyat dan mereka juga negara. Sumbanglah," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS