Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aliff Syukri tunjuk gambar bayar zakat RM52k
Diterbitkan:  Mar 16, 2020 5:45 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Jutawan kosmetik, Aliff Syukri hari ini memuat naik satu hantaran di Facebook yang menunjukkan dia membuat pembayaran zakat sebanyak RM52,500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam hantaran tersebut, Aliff berkata sebagai seorang usahawan dia tidak melupakan tanggungjawab untuk menunaikan rukun Islam keempat itu.

"Syukur Alhamdulillah, walaupun apa yang berlaku sekarang, abang tidak lupakan tanggungjawab abang dan abang akan tunaikan.

"Setiap bulan abang akan mengeluarkan zakat untuk membantu orang di luar sana yang susah. Ditambah lagi dengan masalah kegawatan ekonomi, penyebaran koronavirus, pekerjaan semakin berkurang," jelasnya yang menunjukkan gamabr sekeping cek kepada LZS.

Tambah Aliff, dia meminta orang ramai mendoakan agar dia terus cekal dalam dunia perniagaan bagi membantu lebih ramai individu tidak berkemampuan.

"Doakan kejayaan abang," katanya.

Bagaimanapun tidak semua netizen gembira dengan perkongsian itu kerana sesetengahnya berpendapat Aliff cuba menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada umum.

“Patut mak dia marah dia sangat. Bayar zakat pun nak beritahu orang. Zakat itu wajib Datuk Seri, tak perlu nak tunjuk dekat orang kalau dah bayar. Riak namanya.

"Kalau nak tunjuk kepada LHDN. Silakan,” komen salah seorang pengguna Facebook.

Namun, terdapat juga netizen memuji dan menyokong tindakan Aliff memuat naik gambar cek bayaran zakat tersebut.

“Biarlah Datuk nak tunjuk. Dah memang sikap dia. Dia juga meminta semua orang mendoakan supaya dia dapat dapat terus menderma dan membantu orang lain,” komen seorang pengguna bernama Diana Masuruni.

Aliff sebelum ini sering tampil dengan pelbagai kontroversi serta gimik di media sosial bagi melariskan produk perniagaannya.

Terbaru, usahawan kosmetik itu berdepan dakwaan memukul dan mencubit anak angkatnya yang berusia dua tahun.

Baru-baru ini, ibunya, Rozita Ibrahim membuat pengakuan secara terbuka melalui media sosial kerana kecewa tindakan Aliff yang berterusan menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.

Ini selepas Aliff tampil dengan video 'tangisan' berdarah' bagi mempromosikan single terbarunya Ingin Bahagia, sebagai cara meluahkan emosinya ketika ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS