Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert sulung Khai Bahar ditunda ekoran Covid-19
Diterbitkan:  Mar 14, 2020 6:35 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur, telah ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada Istana Budaya dan dipersetujui semua pihak terlibat.

“Semalam Istana Budaya pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur.

“Apatah lagi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April," katanya dalam kenyataan.

Khai Bahar dan Ogy

Fauziah, atau lebih dikenali sebagai Ogy, berkata tarikh baru konsert tersebut akan diumumkan pada 16 Mac ini selepas perbincangan dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

Ogy turut meminta semua peminat yang sudah membeli tiket konsert itu agar tidak panik berkenaan penangguhannya.

“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita.

“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS