Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dijatuhi hukuman penjara 23 tahun, Harvey Weinstein alami sakit dada
Diterbitkan:  Mar 12, 2020 2:08 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Bekas penerbit filem Harvey Weinstein dijatuhi hukuman penjara 23 tahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan merogol dan melakukan serangan seksual.

Weinstein hadir ke mahkamah semalam menaiki alat sokongan berjalan.

Peguam Weinstein mengemukakan rayuan dengan alasan sekalipun dikenakan minimum lima tahun penjara, ia ibarat hukuman seumur hidup buat penerbit terkenal itu.

Bagaimanapun, pendakwa raya berhujah, Weinstein, 67, wajar dikenakan hukuman paling maksimum kerana penderaan seumur hidup ke atas wanita dan seakan-akan tidak menyesali perbuatannya.

Namun, buat julung kali Weinstein memberitahu mahkamah bahawa dia menyesali perbuatannya itu dan menyifatkan dirinya dan pemangsa lain terkeliru dengan gerakan #MeToo.

Terdahulu, puluhan wanita dilaporkan tampil memberik keterangan ke atas salah laku seksual termasuk merogol ke atas Weinstein sejak Oktober 2017.

Pun begitu, Weinstein mengaku tidak bersalah atas setiap pertuduhan tersebut.

Ini adalah pertuduhan pertama yang dibicarakan, lapor BBC. Weinstein masih berdepan beberapa lagi pertuduhan jenayah untuk rogol dan serangan seksual di Los Angeles, di mana proses ekstradisi telah dimulakan.

Beberapa jam selepas dijatuhi hukuman, Weinstein dibawa ke Hospital Bellevue di Manhattan ekoran mengalami sakit dada. Dia juga menjalani pembedahan jantung selepas disabitkan kesalahan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS