Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis ambil keterangan usahawan kosmetik terkenal
Diterbitkan:  Mar 5, 2020 8:16 AM
Dikemaskini: 12:16 AM

Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik terkenal yang didakwa memukul anak angkatnya, dalam kejadian di sebuah rumah di Petaling Jaya bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada Isnin (2 Mac) untuk memberi keterangan.

"Polis juga mengambil keterangan empat saksi lain, bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS