Mikaela Spielberg berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya, Steven Spielberg dalam perusahaan pembikinan filem.
Bagaimanapun, hasrat itu keluar daripada batasan norma kerjaya bapanya seperti pengarahan mahupun menerbitkan filem bertahap blockbuster.
Mendedahkan perkara itu dalam temu bual bersama The Sun, Mikaela, 23, menjelaskan dia sebenarnya mempunyai keinginan untuk menghasilkan video pornografi sendiri.
Dia juga mendakwa sudah menghantar borang permohonan untuk menjadi pekerja seks di Nashville, Tennessee.
Walaupun baru berusia seawal 20-an, Mikaela dilaporkan sebelum ini terpaksa melawan masalah kesihatan mental dan ketagihan arak.
Mikaela juga mendapati dirinya mempunyai daya seksual yang tinggi, justeru dengan menghasilkan video solo pornografi katanya, baru dia yakin berasa puas.
“Saya sangat penat kerana tidak mampu memanfaatkan badan saya. Terus terang saya katakan bahawa saya berasa bosan apabila diberitahu untuk membenci tubuh saya.
“Dan saya juga bosan dengan cara kerja setiap hari yang tak memuaskan jiwa. Saya berasa hanya melakukan kerja seperti ini saya dapat 'memuaskan' orang lain.
“Rasa bagus kerana dengan cara itu saya tak berasakan diri dicemari,” katanya.
Apabila Mikaela mendedahkan haluan kariernya kepada bapa - dan ibu, Kate Capshaw yang mengambilnya sebagai anak angkat pada 1996 - pasangan itu dilaporkan ‘tertarik’ dengan keputusan itu.
Namun, mereka dikatakan jauh sekali untuk berasa sedih.
Pada masa sama, Mikaela berkata, dia melihat pilihan kerjaya itu sebagai salah satu cara untuk bebas daripada belenggu kewangan.
Melalui Instagram, Mikaela mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya selain membincangkan pilihan pembayaran.
“Saya tak boleh selamanya bergantung kepada kedua ibu bapa. Saya tak berasa selesa begitu,” katanya.