Adik Allahyarham Abam, iaitu Ali Puteh mencabar usahawan Aliff Syukri Kamarzaman untuk bersemuka, dipercayai susulan menjadi punca tercetusnya konflik antara dia dan balu abangnya, Nor Hidayah Mohd Ali.
Ali mendakwa, tujuan Aliff Syukri berkunjung ke rumah kakak iparnya itu sebenarnya bertujuan untuk mengambil kesempatan.
“Aliff Syukri, aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan,” katanya di Instagram.
Ali meluahkan kenyataan emosinya selepas tular rakaman klip video secara langsung Aliff Syukri menemubual Nor Hidayah sewaktu berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.
Dalam temu bual tersebut, Aliff dan pembantunya dikatakan bertanyakan soalan didakwa mencetus kontroversi kepada Nor Hidayah.
Jawapan diberikan Nor Hidayah turut menjadikan situasi bertambah tegang lalu membuatkan Ali memuat naik kenyataan awal yang berbaur emosi terhadap kakak iparnya itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu sudah dipadam.
Netizen pula menyifatkan Aliff terlampau terdesak hingga sanggup mensasarkan kisah penderitaan dialami orang lain sebagai kandungan YouTube untuk mencari keuntungan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 9 Feb lalu. Selain Nor Hidayah, Abam turut meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.