Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Padam gambar suami, Laudya Cynthia Bella bimbang 'penyakit ain'?
Diterbitkan:  Feb 18, 2020 11:39 AM
Dikemaskini: 4:11 AM

Ketika ini rumah tangga Laudya Cyhtia Bella dan Engku Emran dispekulasi berantakan apabila aktres Indonesia itu memadam semua imejnya bersama si suami.

Namun, tindak-tanduk Bella itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kebimbangannya terhadap bahaya “penyakit ain” .

Ain dalam bahasa Arab bermaksud mata. Penyakit ain biasanya dirujuk kepada sikap buruk yang hadir selepas melihat sesuatu.

Pelakon Syurga Tak Dirindukan itu sebelum ini pernah memberi amaran agar orang ramai berwaspada dengan penyakit ain.

Bella berkata gejala buruk boleh berlaku dengan pelbagai cara.

“Kerana penyakit ain boleh terjadi melalui imej atau video yang disebabkan oleh dengki, hasad, takjub mahupun kagum,” kongsinya melalui poster yang dimuat naik.

Bella, 31, berkongsi ayat-ayat suci al-Quran dan juga hadis di media sosialnya.

“Pengaruh ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ain-lah yang dapat melakukannya. Hadith riwayat Muslim.”

Terdahulu, pada tepat berakhirnya tahun 2019, Bella memuat naik imejnya bersama Engku Emran di Insta Stories.

Katanya, imej bersama suami itu adalah yang terakhir akan dikongsikan kepada umum.

“Insya-Allah, ini perkongsian terakhir bersama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka nak yang kita punya,” katanya.

Bella bernikah di Kuala Lumpur, pada 8 September 2017.

Setelah sah menjadi isteri Engku Emrah, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia, mengikuti suaminya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS