Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau'
Diterbitkan:  Feb 11, 2020 2:25 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Gurauan pelawak Abam Bocey kepada sahabatnya, Achey agar menguruskan jenazahnya sekiranya dia meninggal dunia akhirnya menjadi kenyataan yang sukar diterima.

Achey berkongsi perkara itu dengan memuat naik tangkap layar perbualan mereka sewaktu dia meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran arwah baru-baru ini pada ruang komen di Instagram.

“Telah aku tunaikan Bam. Walaupun ia hanya gurauan yang menjadi kenyataan,” katanya hari ini.

Mengiringi imej tersebut, Achey turut memuat naik komen ditinggalkan Abam.

“Hahahaha, terima kasih sahabat. Love you so much. Semoga kita kekal sampai mati @fadbocey, @acheykintangkintung. Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau,” katanya.

Semakan Malaysiakini setakat petang ini mendapati perkongsian Achey itu mendapat hampir 180,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.

Semalam Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi dipercayai akibat demam panas. 

Kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah yang cuba mengejutkan arwah untuk bangun solat Subuh.

Abam, 32, dikatakan mengalami demam panas sejak dua hari lalu namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Allahyarham meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Selain Abam, kumpulan Bocey turut dianggotai Fad dan Achey.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS