Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Ayie Floor88 mohon maaf selepas rebah di pentas
Diterbitkan:  Jan 15, 2020 4:53 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham memohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan selepas rebah tiba-tiba sewaktu persembahan malam tadi.

Ayie menenangkan peminat dengan berkata, keadaan dirinya kini sudah kembali pulih seperti biasa.

“Saya Ayie Elham ingin memohon maaf kepada pihak negerifm atas insiden yang berlaku semalam. Minta maaf kerana tak dapat selesaikan kerja semalam.

“Alhamdullilah kondisi (keadaan) saya sekarang baik. Tiada apa-apa yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Instagram Story miliknya.

Terdahulu, suasana kecoh apabila pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah itu jatuh pengsan semasa membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri FM, di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.

Vokalis itu rebah ketika menyanyikan lagu hit Floor88, Aqilah.

Aksi rebah Ayie disiarkan melalui akaun Instagram rasmi kumpulan berkenaan. Melalui rakaman tersebut, Ayie, 21, dipapah keluar oleh beberapa ahli band berkenaan.

Penyanyi itu rebah berpunca daripada keadaannya yang kurang sihat selain keletihan akibat jadual yang padat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS