Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Idham masuk pejabat CEO Finas semula esok

Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dia direhatkan daripada tugasnya, Ahmad Idham Nadzri kini dispekulasi bakal meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bermula esok.

Spekulasi tersebut - yang baru berlegar di media sosial - menyatakan, Ahmad Idham juga akan menghabiskan kontraknya selama dua tahun di agensi berkenaan berbanding kenyataan berkaitan pengundurannya yang dikeluarkan agensi itu.

Bagi mengesahkan skepulasi tersebut, Malaysiakini cuba mendapatkan respons Ahmad Idham yang kemudian hanya menjawab ringkas.

“Bagi saya masuk Finas dulu dan jalankan amanah menteri dan harapan warga seni pada saya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Finas mengeluarkan kenyataan Ahmad Idham akan meninggalkan jawatannya pada 10 Mac depan selepas memohon agar kontraknya sebagai CEO dipendekkan.

“Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima dan meluluskan permohonan daripada CEO Finas, Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh kontrak beliau atas sebab-sebab peribadi,” kata kenyataan tersebut.

Pengarah filem Pencuri Hati Mr Cinderella dan Adnan Sempit itu juga dikatakan direhatkan daripada menjalankan tugasnya beberapa hari sebelum itu.

Pengunduran Ahmad Idham itu juga menyebabkan enam persatuan mengadakan sidang media untuk mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Finas, Hans Isaac agar meletak jawatan.

Enam persatuan berkenaan ialah Profima, Persatuan Sutradara Malaysia, Persatuan Komuniti Filem Titiwangsa, Pertubuhan Industri Kreatif Digital, Persatuan Sinematografi Malaysia Mohd Filus Ghazali dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Antara alasan diberikan mereka adalah, Gobind dan Hans Isaac invidu terbabit didakwa tidak menjalankan amanah mereka seperti yang diinginkan penggiat seni.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS