Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Ramli Ibrahim jelajah persembahan di beberapa kota India

Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal dari Malaysia, Ramli Ibrahim membuat persembahan di New Delhi pada Jumaat sempena lawatannya ke beberapa bandar di India.

Ramli ditemani lima penari dari Yayasan Sutra Kuala Lumpur, akan membuat persembahan di Chandigarh pada Ahad, sebelum ke Chennai dan Puducherry pada Januari.

Pertunjukan "Glorious Passages" iaitu tarian Odissi yang dipersembahkan pada Jumaat itu, merupakan sebahagian perayaan anjuran pertubuhan Debadhara dan ditonton para penggemar tarian klasik India.

"Perayaan ini adalah sebab utama untuk datang ke sini kerana saya mahu memberi pendedahan kepada artis muda di bawah Sutra. 

"Mereka tidak banyak membuat persembahan di India, jadi saya ingin melibatkan mereka dalam acara seperti itu," kata Ramli kepada Bernama.

Ramli dan pasukannya akan kembali semula ke New Delhi pada 1 Jan selepas persembahan di Chandigarh.

Turut bersama dengan pasukannya ialah tujuh lagi artis Yayasan Sutra untuk persembahan di Chennai dan Puducherry.

"Ia akan menjadi acara terbesar kami di Chennai dan peluang untuk mempersembah tarian Ganjam. Kami tidak melakukan tarian itu di India Selatan," kata Ramli.

Pertunjukan tarian Odissi Ganjam diilhamkan oleh warisan budaya daerah Ganjam di negeri timur India, Odisha.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS