Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Izara: 'Pelakon dah mati baru nak henti penggambaran'
Diterbitkan:  Dec 19, 2019 8:54 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Sewaktu menjalani penggambaran drama Ombak Rindu - untuk siaran di platform iflix - Izara Aishah mendedahkan dia terpaksa meneruskan penggambaran walaupun mengalami kecederaan.

Katanya, penggambaran hanya akan dihentikan sesebuah produksi tempatan sekiranya seseorang pelakon itu meninggal dunia.

“Di Malaysia ni, anda mati baru mereka hentikan penggambaran. Kalau tak, anda mesti teruskan,” ciapnya di Twitter.

Aktres itu memberitahu ketika penggambaran tersebut, bahagian badannya cedera hingga menyebabkan wajahnya kelihatan janggal apabila disolek.

“Dalam Ombak Rindu, sesuatu berlaku pada saya. Ada babak dalam tu saya lebam betul-betul, bukan mekap.

"Tu sebab anda lihat wajah saya agak pelik. Kami juga sudah cuba menutup cela dengan solekan,” ciapnya di Twitter.

Kejadian dialami Izara, 27, itu menyebabkan badan serta matanya lebam selain giginya patah.

Sementara itu memetik Harian Metro, pelakon Kau Yang Satu itu menafikan perkongsiannya di Twitter tersebut berbaur sinis kepada produksi tempatan sebaliknya menegaskan kenyataanya adalah bersifat umum.

“Ia bersifat umum dan sebenarnya saya bukan nak menyindir pun. Hakikatnya, pihak produksi terbabit menjaga saya dengan begitu baik,” katanya.

Jelasnya, kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu itu sebenarnya disebabkan dirinya yang berdegil meneruskan penggambaran walaupun sudah mengalami kecederaan.

“Dalam keadaan itu, saya berkeras untuk tetap masuk penggambaran dan mereka terpaksa menutup kesan lebam itu dengan mekap.

“Beberapa hari kemudian, mereka tak boleh biarkan saya berlakon lagi atas arahan doktor dan direhatkan seminggu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS