Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Peminat cium MK K-Clique dikecam
Diterbitkan:  Sep 29, 2019 11:45 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Tindakan wanita yang bertindak mencium seorang artis rap dari kumpulan K-Clique menjadi bualan hangat di media sosial hari ini.

Menerusi video yang tersebar melalui akaun Twitter @nrsymrzn, Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali MK K-Clique dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar sebelum salah seorang daripada mereka bertindak di luar kawalannnya.

Penyanyi lagu Mimpi itu turut kelihatan terkejut dan tidak selesa atas perilaku oleh salah seorang peminatnya.

“Ni macam amik kesempatan doh. Tak perlu kut sampai nak cium-cium bagai, Menggodik lak ea @hairiWhuut,” kata pengguna akaun yang kongsi video berkenaan.

Video berdurasi lapan saat yang telah dimuat naik semalam itu telah mendapat 1.3 juta tontonan, lebih 16 ribu ulang ciap dan 11 ribu tanda suka.

Rata-rata warganet turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai salah satu gangguan seksual kepada artis tersebut.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS