Galih Ginjar tampil membela diri berhubung ucapan "berbau ikan masin" yang dikatakan diungkapkannya bagi merujuk alat sulit bekas isterinya, Fairuz A Rafiq.
Pelakon sinetron itu menegaskan, kenyataan bau ikan masin yang didakwa menghina itu sebenarnya bukan ditujukan pada alat sulit bekas isterinya seperti tanggapan ramai.
“Bagi saya, ikan masin yang saya katakan itu adalah makanan,” katanya dipetik Tribunnews.
Hadir sama pada ketika itu, isteri Galih, Barbie Kumalasari dan peguam, Rihat Hutabarat.
Galih sebelum ini dikatakan menyatakan bau alat sulit Fairuz seperti ikan masin dalam sebuah program bual bicara di YouTube.
Semalam, Fairuz memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporannya yang mendakwa bekas suaminya itu bertindak keterlaluan hingga menjatuhkan air mukanya.
Fairuz, 33, membuat laporan polis terhadap bekas suami, Galih dan pemilik akaun YouTube, Rey Utami serta Pablo Benua.
Dia yang ditemani suaminya, Sonny Septian dan beberapa lagi rakan lain hadir ke pejabat unit Jenayah Khas Polis Daerah Metro Jaya untuk memberi keterangan.
Namun, nasi sudah menjadi bubur.
Galih, 31, tidak dapat mengelak jika umum sudah membuat tanggapan sendiri bahawa bau alat sulit bekas isterinya disamakan seperti ikan masin.
Bagaimanapun, Galih menyuarakan hasrat untuk menyelesaikan masalahnya dengan Fairuz secara berdamai malah seboleh-bolehnya tidak mahu melanjutkan isu terbabit ke mahkamah.
“Ya, kan isu ini sudah semakin berleluasa, dan ada pihak tidak bertanggungjawab pula mengaitkan masalah ini menjadi lebih besar.
“Jika terdapat istilah, kita akan klarifikasi bersama-sama menggunakan media atau bukan ataupun menggunakan mediasi kerana semakin kita biarkan masalah ini akan semakin besar,” katanya.
Galih hadir memberi kenyataan di balai 11 pagi tadi.