Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Maya, Andi, Fafau berkerusi roda demi amal
Diterbitkan:  Jul 5, 2019 12:18 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Maya Karin, Andi Bernadee dan Fara Fauzana (Fafau) bakal menyertai perlumbaan kerusi roda Wheel With Me sempena program Yokuk20 Karnival yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan, 20 Julai depan.

Pengarah Eksekutifnya, Suliana Shamsuddin Alias berkata, acara dijadual bermula seawal jam 7 pagi itu diadakan bertujuan mengintegrasikan kedua-dua komuniti kurang upaya dan upaya bersama supaya menyertai perlumbaan selain mempromosi gaya hidup sihat.

“Semua masyarakat dijemput untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan kerusi roda ini kerana Yokuk ingin terus mempromosikan bakat yang luas dan tidak ternilai dalam masyarakat kurang upaya di Kelantan.

“Tumpuan utama kempen ini adalah kepercayaan kami terhadap kekuatan sukan untuk menyembuhkan dan memberi inspirasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, acara ini juga bertujuan untuk memaklumkan masyarakat bahawa setiap orang kurang upaya mempunyai bakat dan kemahiran yang mampu dicapai sebagaimana rakan-rakan upaya mereka yang lain.

Andi juga bakal tampil dengan persembahan istimewa pada Yokuk20 Karnival itu nanti.

Yokuk merupakan yayasan amal yang ditubuhkan untuk mengurangkan penderitaan orang kurang upaya.

Menurut Suliana, pendaki yang kudung kedua-dua kaki, Azrulkhan Hasrullah atau Adam - yang berjaya naik ke Everest Base Camp pada 2018 menggunakan tangannya - juga bakal menyertai Wheel With Me bersama empat lagi atlet paralimpik Malaysia.

“Komitmennya untuk meningkatkan kesedaran orang kurang upaya tentang keupayaan mereka telah dibuktikan dengan penyertaannya untuk acara tersebut,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS