Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Maggie Lindemann dakwa ditahan 5 hari dalam ‘neraka’ di Malaysia
Diterbitkan:  Jul 5, 2019 9:32 AM
Dikemaskini: 4:40 AM

Seorang penyanyi Amerika Syarikat mendakwa dia ditangkap ketika dalam perjalanan untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu.

Maggie Lindemann berkata dia ditahan lima hari di tempat yang disifatkannya seperti “neraka”.

“Saya mahu mulakan dengan permohonan maaf kepada peminat di Malaysia yang hadir ke persembahan pada 21 haribulan.

“Saya tidak dapat hadir kerana ditangkap dan ditahan ketika dalam perjalanan dan habiskan lima hari dalam neraka,” tulisnya di Twitter dan Instagram semalam.

Dia bagaimanapun berkata dinasihatkan tidak mengulas panjang berkaitan perkara itu buat masa ini.

Penyanyi 20 tahun itu dijadual beraksi di Publika, Kuala Lumpur sebelum ke Singapura selepas itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Hamidi Adam mengesahkan bahawa penahanan penyanyi itu dibuat di sebuah kompleks beli belah bulan lalu.

"Dia ditahan kerana tidak mempunyai pas lawatan profesional ketika persembahan itu," katanya dipetik The Star.

Bagaimanapun, Hamidi berkata penyanyi itu diikat jamin keesokan harinya.

Beliau menambah bahawa penganjur didenda RM30,000 kerana tidak mempunyai permit yang sepatutnya.

Maggie Lindemann, foto Wikipedia 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS