Sekali lagi gambar lucah membabitkan selebriti tular, kali ini individu terbabit didakwa mirip wajah bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Riz.
Media melaporkan gambar yang dirakam dalam sebuah tandas itu menjadi tular di Twitter sejak pagi tadi.
Ia dipercayai tular selepas seorang pengguna Twitter menyebarkan imej tersebut. Bagaimanapun, ia telah dipadamkan kemudian.
Imej memaparkan seorang lelaki sedang berswafoto di dalam sebuah bilik mandi sambil memegang kemaluannya.
Punca mengaitkan PU Riz atau nama asalnya Muhammad Haris Ismail dengan imej tersebut adalah disebabkan baju-T lelaki itu kelihatan sama dengan yang dipakai peserta program musim keempat itu dalam Instagram.
Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan maklum balas berhubung imej lucah terbabit gagal malah panggilan telefon juga sengaja dimatikan.
Hasil semakan pada akaun Instagram PU Riz juga mendapati dia yang juga pelakon itu telah menutup ruangan komen.
Sementara itu, memetik Astro Awani, PU Riz menafikan bahawa lelaki dalam imej tersebut adalah dirinya.
Katanya, gambar itu telah disunting pihak tidak bertanggungjawab hingga kelihatan seperti dirinya.
"Benda (foto lucah) itu hanya sunting. Ia gambar edit dan mengarut," katanya.
Susulan imej tular, PU Riz telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan polis.
"Sedang buat laporan polis). tak apa. Hanya Allah tahu yang benar," katanya.