Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Analisis Elli Suriati: Video intim itu tulen
Diterbitkan:  Jun 20, 2019 3:37 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Pelakon dan pengarah filem, Elli Suriati yakin ketulenan video intim yang didakwa melibatkan menteri kabinet dan diakui anggota PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai salah seorang pelakunya.

Menurutnya, jika sesuatu video ingin diedit, ia memerlukan beberapa sudut rakaman.

“Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle,” ujarnya dalam suatu video yang dimuat naik di Youtube.

Menurutnya, video intim tersebut tidak menggunakan mana-mana sudut yang dikatakannya, malah hanya menggunakan sudut lebar (wide angle) serta kamera yang digunakan untuk merakam berada dalam keadaan statik.

Dia juga mengulas mengenai teknik edit menggunakan badan pendua (body double).

Katanya, jika seseorang itu menggunakan khidmat badan pendua, ia memerlukan beberapa lagi teknik berbeza.

“Kalau orang berlakon dan pakai body double, akan ada back shot, frontal shot. Kita akan cut backshot menggunakan body double, dan untuk frontal shot, kita menggunakan muka si pelakon,” jelasnya lagi

Layar hijau filem Penanggal

Ellie mendakwa aspek ini sahaja telah cukup untuk menunjukkan bahawa terdapat hanya dua orang sahaja dalam video tersebut tanpa kehadiran orang lain.

Menurutnya, jika ada unsur suntingan, tidak mungkin warna kulit muka dan kulit leher pelaku dalam video tersebut adalah sama.

Elli juga mengulas mengenai penggunaan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).

Jelas Ellie lagi, bagi mengaplikasikan teknik CGI diperlukan pakaian khas berwarna hijau dan dia tidak dapat mengesannya di dalam klip video lucah tersebut.

"Jika seseorang ingin menggunakan teknik tersebut ke atas tubuh badan, seseorang perlu menggunakan pakaian khas berwarna hijau.

“Kalau nak CGI badan, kena pakai baju warna hijau tu. 

"Saya pernah buat green screen (layar hijau) untuk filem saya, Penanggal dan muka dalam video tersebut sangat mirip (dengan mereka yang terlibat).”

“Badan tu tetap la badan tu. Muka tu tetaplah muka tu," katanya.

Edit pemidang demi pemidang

Ellie juga menyangkal kenyataan yang tersebar di media sosial yang mengatakan hasil gubahan video dapat siap diedit dalam masa setengah jam.

“Semalam saya baca dia Facebook mengatakan bahawa kalau bayar RM400, setengah jam boleh siap.”

That’s totally bullshit (itu semua mengarut),” tegasnya.

Menurutnya, jika ingin menggunakan teknik edit yang sempurna tanpa sebarang cela, ia perlu dilakukan dengan terperinci.

“Kalau awak nak kata benda ini edit, tidak ada satu pun yang menunjukkan kepala dia tidak selari (glitch) dan kalau awak nak edit macam itu, awak kena buat dari satu pemidang ke pemidang (frame by frame) filem.”

“Berapa saat untuk setiap pemidang yang perlu awak tukar?” Soalnya.

Elli selanjutnya berkata dia meletakkan wibawanya selaku seorang pengarah filem dan drama televisyen yang biasa dengan visual dalam memberikan analisisnya mengenai isu klip video intim itu.

“Saya pengarah. Saya biasa dengan visual. 

"Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen.”

“Kalau tak percaya cakap saya, pihak polis akan buat siasatan secara terperinci lagi," katanya lagi.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS