Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Enggan dikaitkan dengan kemelut rumah tangga kakak dan abang iparnya, Neelofa sebaliknya berharap pasangan itu diberikan ruang secukupnya untuk memperbaiki keadaan.

Pengacara itu juga menyifatkan tuduhan dia mempunyai sebarang kaitan dengan keretakan rumah tangga dialami Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad sebagai tidak masuk akal.

“Tak masuk akal," katanya.

Pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu ditemui pada sidang media pengumuman senarai pencalonan top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) di Kuala Lumpur hari ini

Neelofa, 30, diminta mengulas berhubung spekulasi sebelum ini iaitu dia menjadi salah satu punca pergolakan dalam hubungan Noor Nabila dengan aktor terbabit.

Media sebelum ini menghidu rumah tangga Noor Nabila, 34, dan Sharnaaz sedang dilanda badai sebaik pelakon filem Darah Panas itu memuat naik beberapa siri status di media sosial yang memberi bayangan mengenai keretakan hubungan mereka.

Neelofa pada masa sama berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat perkahwinan Noor Nabila dan Sharnaaz.

"Saya mahu yang terbaik buat mereka.

"Saya sangat sayangkan kakak dan anak saudara saya," katanya.

Hasil perkongsian hidup bersama sejak 31 Mac 2017, Noor Nabila dam Sharnaaz dikurniakan seoarang anak lelaki, Jebat Jayden, tujuh bulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS