Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Be No 1' bersama Pak Nil di MAPS Ipoh April ini
Diterbitkan:  Mar 19, 2019 8:43 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Pengacara terkenal tanah air, Aznil Nawawi kembali lagi mengegarkan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh menerusi program motivasi 'Be No. 1 Bersama Pak Nil' pada 18 April ini.

Aznil yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berkata kerjasama kali kedua itu diharapkan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar menyertainya bagi membantu membina keyakinan diri.

"Untuk program pusingan kedua ini saya masih mengekalkan konsep yang sama iaitu melibatkan penyertaan penonton, berkomunikasi menerusi pengucapan umum.

"Apa yang mereka belajar di program ini adalah mengenai etika, sopan santun, keberanian dan keyakinan diri. Pusingan kedua ini adalah permintaan pelajar sendiri yang tidak sempat mengikuti pusingan pertama," katanya dalam sidang media khas Be No. 1 Bersama Pak Nil di MAPS di Ipoh hari ini.

Dalam pada itu, Aznil berkata beliau bersedia berkolaborasi sepenuh masa dengan MAPS untuk terus memberi inspirasi kepada para pelajar.

Sementara itu, Anggota Lembaga Pengarah MAPS Ramelle Raml berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 2,000 peserta akan menyertai program pusingan kedua yang melibatkan empat sesi itu

"Setakat ini kita sudah menerima penyertaan 1,600 peserta, dan sekiranya mendapat permintaan tinggi kita akan melihat kemungkinan untuk diadakan hari kedua," katanya.

Program Be No. 1 Bersama Pak Nil merupakan program motivasi berdurasi selama dua jam bagi setiap sesi, yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik komunikasi berkesan untuk mengukuhkan personaliti diri agar menjadi lebih berkeyakinan dan membentuk minda kritis.

Dengan pakej istimewa berharga RM80 seorang, pelajar berpeluang mengikuti satu sesi program itu di samping tiket masuk ke semua permainan dan tarikan di MAPS.

Program terbuka untuk semua kumpulan pelajar dari sekolah rendah hingga penuntut IPT. Pendaftran dan tempahan awal boleh dibuat dengan menelefon 05-5015659 atau [email protected].

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS