Beritanya cukup untuk membuat ramai terkejut, termasuk di mata selebriti kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani.
Bercerita mengenai 'harga' ditetapkan untuk berpacaran dengan Vanessa Angel, Nikita berkata, dirinya sendiri mempunyai harga yang lebih murah berbanding Vanessa.
“Ya, tapi tarif saya jauh lebih murah berbanding Vanessa,” katanya seperti dipetik Tribunnews.
Menurut Nikita, 32, memang ada artis menawarkan harga hingga mencecah ratusan juta rupiah sebelum boleh seseorang lelaki melanggan mereka.
Bagaimanapun, kata pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, perkhidmatan seks yang ditawarkan tidak terhad kepada wanita bahkan ia juga merangkumi golongan selebriti lelaki.
Khidmat itu, katanya, ditawarkan kepada wanita elit.
Nama Vanessa begitu panas beberapa hari ini selepas dia ditangkap bersama seorang lelaki di atas ranjang dalam sebuah bilik hotel mewah.
Harga diri sangat rendah
Bagaimanapun polis menegaskan serbuan itu dilakukan sebelum ada sebarang aktiviti seksual berlaku. Lelaki itu pula tidak didedahkan namanya, kecuali sebagai R dan merupakan seorang tauke pasir.
Untuk rekod Nikita bukan asing dalam isu kontroversi. Sebelum Vanessa nama Nikita terlebih dulu jadi bualan kerana turut dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menjaja tubuhnya.
Bagaimanapun polis dilapor tidak dapat menemukan sebarang bukti ke atas pembabitan Nikita dan dia juga tidak didakwa setakat ini.
Wujud persamaan dalam kes Nikita dan Vanessa, iaitu perkhidmatan itu ditawarkan - dan dikendalikan - secara dalam talian.
Berkongsi lanjut pengalamannya, kata Nikita, dia sebenarnya mengenali salah seorang daripada artis senior yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga yang sangat tinggi.
“Ada artis senior banyak. Ada juga sampai Rp300 juta (lebih RM87,300)," katanya.
Nikita kemudian ditanya lagi sekiranya ada lelaki hidung belang pernah menawarkan harga dengan nilai ratusan juta untuk bermalam dengannya.
“Tak ada yang mahu,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi artis Indonesia, Kimberly Rider turut memberi komentar berhubung skandal yang membayangi Vanessa.
Bagaimanapun dipercayai kenyataan Kimberly itu lebih besifat menyindir.
Baca 45 artis, 100 model didakwa jual tubuh di Indonesia
Menurut pelakon sinetron Bidadari-bidadari Surga itu harga ditawarkan bagi meniduri Vanessa disifatkannya terlalu murah.
“Bagi saya tidak sesuai. Maksudnya anda menjual diri dengan harga serendah itu sedangkan yang mahu beli itu banyak duit,” katanya.
Bagi Kimberly, 35, seseorang wanita sepatutnya mempunyai harga diri yang sangat tinggi.
Bagaimanapun, Kimberly yang pernah menjayakan filem kolaborasi Malaysia-Indonesia berjudul Kastil Tua itu menolak sekiranya karier Vanessa sebagai artis membawa pengaruh negatif.
Dia yakin, pembabitan Vanessa sebagai anak seni berada di landasan yang benar.
Kimberly juga berkata, selama pembabitannya dalam dunia hiburan, dia tidak pernah mengikut mana-mana perniagaan haram yang beredar di sekelilingnya.
“Orang kenal sebab kita selebriti, justeru lakukan perkara-perkara positif sajalah. Kalau negatif jangan diikuti,” katanya.