Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Ellie ke mahkamah lagi... dan menangis
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 12:26 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Pelakon dan pengarah filem Ellie Suriati sekali lagi hadir ke mahkamah lagi, kali ini bagi menunjukkan setiakawan dengan isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.

Beliau dilihat menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku sehingga ditenangkan seorang wanita yang tampil memeluknya.

Wanita itu juga dilihat berkata sesuatu bagi menenteramkannya.

Ditemui pemberita, Ellie berkata beliau tersentuh hati kerana Najib dan Rosmah “benar-benar orang yang baik”.

Katanya, beliau tidak lupa jasa Najib mentadbir dan membangunkan negara ini.

Berkaitan Rosmah pula, Ellie berkata kesemua 17 dakwaan terhadapnya adalah mustahil.

“Selain itu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) letak dia dalam lokap, itu merosakkan reputasi mereka,” katanya.

Rosmah hari ini didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Seperti suaminya sebelum ini, beliau semalam ditahan dan bermalam di lokap SPRM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS