Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Kelab Anwar Ibrahim bawa artis ke PD menjelang hari mengundi

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan konsert percuma yang menampilkan artis terkemuka di Port Dickson pada 5 hingga 6 Oktober ini.

Konsert yang diadakan ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson sedang berlangsung itu dianjurkan bersama Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat Madani (MADANI), dan Muafakat Anak Muda Port Dickson.

Artis dan penghibur terkemuka seperti Datuk M Nasir, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Ito antara yang dijadualkan memeriahkan konsert yang diberi nama PICNIC@PD itu.

Gerhana Ska Cinta pula dijangka menjadi kumpulan band utama yang akan memeriahkan pentas pada sebelah petang hari kedua konsert berkenaan.

Artis dan band lain yang akan menyertai konsert itu adalah Blank Gamma, Khalifah Band, Wany Hasrita, Shamsul Ghau-Ghau, Zul Handyblack, Iwan Dangdut dan dR Sam.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini yang turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon, penganjur berkata konsert itu diadakan bagi menarik orang ramai mengunjungi Port Dickson.

Menurut wakil penganjur, Arief Imran, konsert tersebut akan diacarakan oleh pelawak Saiful Apek dan personaliti TV Shakila Ismail.

"Kami juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian Zumba dan pemeriksaan kesihatan percuma.

"Selain itu, kami juga akan membuka gerai jualan makanan yang menjadi tarikan di Port Dickson," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS