Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengalaman berharga beraksi dengan pakar seni bela diri Hollywood

Ibarat bulan jatuh ke riba. Barangkali itulah apa yang dialami Hairul Azreen apabila impiannya untuk berlakon di samping aktor Hollywood tercapai. Dan pelakon itu pula bukan calang-calang orangnya.

Keinginan itu terlaksana melalui filem Paskal yang mengisahkan kejayaan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai misi pengaman PBB ketika perang saudara di Angola pada 1998.

Selain itu, filem berkenaan turut menceritakan penglibatan skuad elit berkenaan dalam misi merampas kapal MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Dalam filem itu, Hairul berpeluang menimba pengalaman berlakon di samping Tiger Chen yang sebelum ini banyak terlibat di sebalik tabir sebagai pakar rujuk dari koreografi pertarungan - dalam filem seperti The Matrix dan Kill Bill: Volume 1.

Selain di sebalik tabir, Chen, 43, juga mejadi watak utama dalam beberapa filem seperti Man of Tai Chi dan Kung Fu Man.

"Saya berbangga kerana sudah berjaya menggapai impian. Ada dua impian utama saya iaitu berlakon di Hollywood atau beraksi di samping pelakon Hollywood.

"Kini saya sudah mencapai salah satu daripada impian itu.

"Ia permulaan baik untuk saya," katanya.

Menurut Hairul lagi penggambaran dia beraksi bersama Chen berlangsungan selama kira-kira empat hari saja, namun ia menyedarkannya sesuatu.

Dia boleh belajar dengan baik.

Hairul ditemui media pada majlis tayangan eksklusif episod akhir drama Pelangi Cinta, semalam.

Melalui Paskal, Hairul diberi kepercayaan menggalas watak sebagai anggota pasukan elit dan menjalani penggambaran di Lumut, Semporna dan Maghribi.

Filem arahan Adrian Tan itu menelan belanja sehingga RM10 juta.

Jurang bahasa

Mengulas lanjut mengenai pengalamannya bersama Chen, Hairul berkata dia tidak dapat mengelak daripada berdepan masalah melibatkan komunikasi.

Puncanya kerana kefasihan bahasa Inggeris.

"Saya memahami apa dia cakap, cuma dia tidak faham dengan jelas apa saya maksudkan. Tetapi Tiger Chen tetap layankan saja," katanya berseloroh.

Terdahulu, Hairul memuat naik video dia sedang 'berbual' dengan Chen dalam bahasa Inggeris. Namun peminat kemudian menyedari dialog mereka tidak lebih sekadar lirik lagu daripada kumpulan My Chemical Romance.

Ia menyebabkan ada pihak menganggap Hairul memang tidak mahir berbahasa Inggeris.

Mengulas perkara itu, Hairul berkata dia mempunyai kemahiran asas dalam bahasa berkenaan kerana pernah bekerja di hotel sebelum ini, tetapi sentiasa terbuka untuk terus meningkatkan penguasaannya.

"Tiada masalah sangat sebenarnya. Jika saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk tingkatkan bahasa Inggeris, mana tahu selepas ini mungkin rezeki berlakon dengan Tony Ja pula," katanya.

 

My english improved , sejak belakon dengan pelakon hollywood @tigerchenhu 🤪

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS